Filename | Honda Insight Edisi Baru Lebih Hebat |
Permission | rw-r--r-- |
Author | Tsaqif Mutashim Mufid |
Date and Time | 03.56 |
Label | |
Action |
Bila tengok gambar Honda Insight edisi baru teringat pulak Rakan Blogger yang join test drive Honda Insight dari KL – Hulu Langat – Semenyih – PD – Ayer Keroh – PD – KL. Pengalaman yang menyeronokkan dan pertama kali bertemu ramai Rakan Blogger.
Kepada yang dah lupa apa hebatnya Honda Insight ini boleh baca kembali entri “Honda Insight apa itu Hybrid“. Mengikut sejarah Honda adalah pengeluar pertama kereta Hybrid di Malaysia dan sambutan yang diterima sangat menggalakan bermula dengan Honda Insight 1st Generation, Honda Civic, Honda Insight 2nd Generation, Honda CR-Z dan terkini Honda Insight 3rd Generation.
Ramai pengguna termasuk pembaca blog Denaihati fikir kereta Honda Insight ini menggunakan kuasa elektrik yang perlu di charge dengan kuasa elektrik sebelum digunakan. Silap tu sebenarnya Honda Insight ini menggunakan kuasa gabungan antara engine i-VTec 1.3L dan Integrated Motor Assist (IMA) menggunakan bateri yang mempunyai jaminan selama 5 tahun.
Suka tak suka inilah kereta masa hadapan untuk mengurangkan pencemaran alam yang semakin tercemar dengan gas karbon yang dikeluarkan oleh kereta bukan hybrid. Terlalu banyak kelebihan Honda Insight berbanding kereta lain yang tidak mesra alam. Sehingga hari ini Honda Insight adalah kereta Hybrid yang termurah di Malaysia. Kalau nak tulis kelebihannya panjang lebar pulak, jadi bolehlah baca info grafik yang telah disediakan oleh Honda Malaysia. Nak dapat informasi dan grafik yang lebih banyak sila lansung ke website Honda Malaysia.
Bertukarlah kepada Honda Insight. Jangan jadikan tangan kita antara tangan-tangan yang merosakkan muka bumi yang indah ini seperti Firman ALLAH SWT Surah Al-Baqarah ayat 11 -13 yang maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang- orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang- orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”.
Sumber : http://denaihati.com
0 komentar:
Posting Komentar